My1Stop - lagi laman web seperti eBay & Lelong ... FIKIRKAN SEMULA!
Salam.
Kali ini saya ingin menulis serba sedikit mengenai baby saya, My1Stop Virtual Shopping Mall.
Baby ini dilahirkan pada tahun 2006, di dalam kemelut keluarga Carwin sedang tercari-cari halatuju perniagaan keluarga yang baru dibina. Diilhamkan hubby, ia berkonsepkan kompleks membeli-belah (seperti Mega Mall & Billion), ia menyediakan ruang niaga versi maya kepada peniaga-peniaga yang ingin menjual produk di internet secara mudah, sistematik, dan murah. My1Stop telah 'dibesarkan' oleh si ibu muda BERSAMA 4 orang anak-anak kecilnya - Suatu pengalaman yang wajar diceritakan di dalam satu post khas untuknya. Sistem ini tidak dibina dengan open source software dari mana-mana, tetapi dihardcode dari sifar dan dinaiktaraf dari masa ke semasa, hingga menjadi kompleks membeli-belah maya seperti yang anda lihat dan gunakan hari ini.
Ya, ya ... ruang untuk berniaga secara percuma cukup banyak di internet. Jadi apa istimewanya memiliki e-store di My1Stop?
Istimewanya, memiliki e-store di My1Stop adalah umpama benar-benar memiliki kedai anda sendiri. Yang pasti ia bukan sekadar menempek gambar secara caca-merba, tetapi di dalam katalog yang tersusun dan boleh dibeli melalui sistem shopping cart & online payment (kad kredit & online banking). Lebih istimewa, peniaga dibekalkan dengan online reseller & marketing tools untuk peniaga mempromosi melalui internet produk-produk mereka dengan mudah sambil resell pakej My1Stop.
Ooo ... tempat jual-beli ... macam eBay lah ye? Pada dasarnya memang serupa, tapi tak sama. My1Stop 100% tiada lelongan & sistem, paparan dan tools juga berbeza. Sekuriti sistem pembayaran onlinenya amat reliable dan sistem shopping cart My1Stop yang unik membolehkan pelbagai jenis produk dengan kuantiti yang berbeza-beza boleh dibeli pelanggan di dalam satu resit. Sistem shopping cart My1Stop juga menerima voucher kredit. Online marketing tools My1Stop menjadikan usaha pemasaran online setiap peniaga amat mudah dan dinamik. Program Reseller My1Stop pula menjadikan setiap pelanggan sebagai kakitangan pemasaran setiap peniaga. Konsep teamwork & viral marketing ini yang antara lain membentuk My1Stop dan menjadikannya berbeza.
Kini paniaga amat bertuah, kerana My1Stop turut menawarkan pakej e-store PERCUMA kepada peniaga. Bayangkan memiliki e-store sendiri dengan kemampuan e-commerce tulen (online payment system) tanpa perlu keluar sebarang kos! Wahh! *Walaupun ada e-store percuma, pastinya ia tidak akan sama dengan pakej e-store berbayar kerana peniaga berbayar mendapat lebih eksklusiviti, lebih keistimewaan. Apa keistimewaannya, galilah sendiri jawapan yang lebih komprehensif di SINI.
Online marketing tools My1Stop yang dibekalkan termasuk:
- Plug-in Katalog untuk memaparkan produk-produk peniaga di blog dan laman web sendiri (seperti yang anda lihat di bawah blog ini).
- Template katalog untuk peniaga copy-paste ke dalam mesej forum atau email.
Kaedah pemasaran viral begitu murah tetapi efisien dan My1stop mengambil kesempatan ke atas kaedah pemasaran ini. Bukankah susah bergerak sendiri mencari pelanggan berbanding sama-sama mencari pelanggan untuk semua? *Di My1Stop, apabila setiap peniaga mempromosi produk masing-masing menggunakan online marketing tools My1Stop, mereka secara tidak langsung menarik lebih ramai bakal pelanggan kepada SEMUA peniaga dan juga My1Stop sendiri, & sambil berpeluang menerima komisyen (win-win situation). Usaha secara teamwork ini jauh meninggalkan usaha mana-mana peniaga secara solo, baik dari segi wang, tenaga mahupun keberkesanannya.
Walaupun My1Stop yang baru berusia 2 tahun ini belum lagi di dalam liga dinosaur jual-beli seperti Lelong & eBay, toddler ini sedang aktif membesar & mempelajari benda baru setiap hari. Dan pastinya ia ingin menjadi individu yang tersendiri dan tidak dibayangi para dinosaur!
* TIP online biz
- Harus bersedia membuat pelaburan untuk keuntungan yang lebih.
- Harus mahu berjaya bersama-sama, dan bukan berjaya sendirian.
.gif)

.gif)
.gif)

12:20 PM
macam mana lelong
Malaysia Web Design