Pemasaran Email (Email Marketing)
Lama sungguh sejak kali terakhir dapat membuat posting di sini. Projek demi projek, dan setiap satunya dengan nota klien, "ASAP" … kini masuk musim menuai pula :). Selepas berjaya mengawal ketagihan Facebook, sampai masanya saya tunaikan janji untuk membuat posting yang berguna di blog ni. Bergunalah hendaknya. Kita bicara mengenai Pemasaran E-mel (E-mail Marketing) … saya cuba mergekan hasil research saya dengan pengalaman email marketing saya sendiri.
Umumnya, pemasaran e-mel merupakan aktiviti menghantar email dengan objektif perniagaan seperti mengiklankan produk dan servis, mengukuhkan hubungan niaga, membina rangkaian niaga baru, meningkatkan reputasi perniagaan, dan menambah keuntungan selaku pihak ketiga.
Jika anda search ‘e-mail marketing’, maka bersepahlah di dalam senarai carian anda akan tawaran perkhidmatan e-mail marketing software, e-mail harvesting & hunting, e-mail bank. Pakej-pakej sebegini menawarkan anda kemampuan menghantar e-mel secara mass kepada beribu-ribu alamat e-mel dengan langkah mudah. Disebabkan servis-servis sebeginilah, saya sendiri menerima e-mel yang menawarkan perkhidmatan membuat laman web sedangkan saya sendiri menawarkan perkhidmatan yang sama. Pendek kata … saya bukan target market peniaga ini tetapi tetap mendapat email ini. Apabila penerima merasakan tidak mahukan email yang diterima, tetapi tetpa menerimanya, malah secara periodik … ianya mudah saja dilabel sebagai SPAM.
Oleh itu, perancangan kandungan, layout, dan rekabentuk email, juga sekerap mana dan bila anda hantar email/newsletter anda AMAT penting.
![]() |
| Sistem Newsletter untuk Uruskan Mass Mailing |
Tip 1: Letakkan logo anda di tempat yang sama. Letakkan logo, alamat/no.telefon, URL di tempat yang sama di dalam e-mel anda setiap kali. Elok juga menggunakan template design untuk header/footer anda. Jika anda menggunakan sistem newsletter seperti saya, saya hanya perlu rangka layout kandungan e-emel saya dan ia akan dimuatkan ke dalam pilihan design e-mel saya dengan mudah, seperti memasukkan gambar ke dalam picture frame.
Contoh penggunaan design newsletter email:
![]() |
| Contoh Newsletter |
Tip 3: Bermain dengan warna Gunakan warna-warna korporat/brand anda. Jika belum ada identiti korporat - cipta satu sekarang. Bermain dengan warna untuk email anda kelihatan menarik - striking biar sesuai, bukan menyakitkan mata. Adalah satu gangguang apabila setiap perenggan teks anda dihighlight kuning! Tulisan pula merah, biru dan hijau … akhir sekali mata jadi kelabu dan semua warna-warni anda jd greyscale … cam nonton filem hitam-putih! Penggunaan warna seharusnya lebih professional, untuk mengelakkan email anda daripada digelar sebagai dog’s breakfast, yang akhirnya akan dicampak ke dalam Trash Folder.
Tip 4: Hadkan jenis font yang digunakan Sebagaman rule-of-thumb dalam membuat design newsletter, brochure, dsb … kandungan email anda juga seharusnya menggunakan font secara pengulangan – font yang sama untuk title, font yang sama untuk subtitle, dan font yang sama untuk penerangan. Gunakanlah font-font asas yang biasanya terdapat pada computer kebanyak orang seperti Arial, Times New Roman atau Verdana. Tak guna syok sendiri sedangkan akhirnya lain yang orang lihat.
Tip 5: Pastikan maksud email jelas dan ringkas Berikan tajuk dan sub-tajuk yang terus menyatakan kandungan utama anda. Berikan penjelasan ringkas dan link kepada maklumat lanjut pada laman web, jika ada.
Tip 6: Pilih gambar yang berkaitan saja Elok juga elakkan langsung penggunaan gambar-gambar ‘mat salleh’ bagi e-mel yang ditujukan kepada orang Malaysia kita kerana ia tidak mewakili peniaga mahupun pelanggan, dan kerap memberi gambaran bahawa anda menggunakan template dengan malas sekali.
Tip 7: Kurangkan teks di dalam bentuk imej Bagi saya, kurangkan saja penggunaan teks sebagai sebahagian daripada imej/gambar/design email anda, terutama teks-teks penting. Ini kerana sistem email biasanya menyekat imej terlebih dahulu sehingga pembaca benarkan paparan imej … jadi agak rugi jika maklumat penting tidak kelihatan di peringkat awal. Ia mungkin tak dibaca langsung!
Tip 8: 'white space' ialah sahabat anda Ruangan putih/kosong memberi focus kepada segmen2 email anda, juga mengasingkan kandungan daripada elemen design, jadi lebih mudah dibaca.
Tip 9: Pastikan ia ringkas! "Less is more" – biasa dengar? Kerana e-mel yang diterima seseorang cukup banyak sehari, jadi email yang panjang lebar biasanya diabaikan saja.
Tip 10: Elakkan penggunaan $$$ di dalam subjek Bijak bermain kata-kata. Elakkan menggunakan kata-kata seperti 'buat duit di dalam tidur', 'jana ribuan di dalam seminit', 'jana 4 angka tanpa perlu bekerja' ... kerana selain ia kelihatan murah, ia memberi gambaran bahawa ada sesuatu fishy tentang perniagaan anda - mana boleh buat duit tanpa usaha! Mungkin maksud anda, 'kurang kerja' ... tapi dengan overshoot melalui kata-kata seperti 'tak perlu bekerja', anda membuatkan orang musykil dan pesimistik dengan perniagaan anda. Kerap anda akan dikaitkan dengan perniagaan berundur penipuan dan akan diabaikan begitu sahaja. Reputasi anda juga terjejas. Jika perniagaan anda memang berkaitan memungut kekayaan dengan cara yang tidak jujur - bertaubatlah! Perniagaan yang tidak telus satu hari nanti akan kantoi juga. Duit yang telah dipungut pula tak halal dan cepat habis kerana tidak berkat!
Tip 11: Elakkan membuat pemasaran e-mel semasa hari perayaan Di Malaysia terutamanya, kebanyakan pengguna internet menggunakan internet di pejabat. Pada hari perayaan, mereka bukan saja cuti untuk hari-hari selepas itu, malah email anda akan hanya menerima 'away message'. Tak terlayan kalau banyak sangat.
Tip 12: Elakkan menghantar email terlalu kerap E-mel berguna sekalipun, jika terlalu kerap akan menyebabkan pembaca delete tanpa membacanya. Lebih teruk jika mereka label terus sebagai SPAM. Perlu diingat, hasil capaian bagi pemasaran email bukanlah yang paling tinggi (berbanding kedah pemasaran lain). Namun begitu, ia masih berkesan, jadi mengapa tidak menggunakannya. "The golden rule in email marketing is, respect your subscribers—by only sending welcome, relevant and timely messages. They will reward you with higher response rates and lower ISP complaint rates." - http://www.emailexperience.org
INFO MENARIK @ http://www.emailexperience.org
What factors affect my inbox deliverability rate?
Nearly 20% of permission-based email gets blocked or filtered by ISPs and corporate system administrators. Whether email is sent in-house or through an ESP, non-delivery erodes response rates and program effectiveness. The key factors that ISPs and other receivers use are: complaints (subscribers who click on the “report spam” button), poor bounce management, blacklists, spam traps, infrastructure, volume/frequency, content and sending constancy.
How much does it cost to buy an email list?
Too much, no matter what the price. NEVER buy an email list. Lists that are available for purchase are full of dead addresses and “honey pots” that ISPs use to identify spammers. Sending to a bought list is a surefire way to get blacklisted by ISPs. However, renting lists from reputable vendors is a viable option.
Why do people unsubscribe?
People unsubscribe for a variety of reasons but the two main ones, according to JupiterResearch, are that the content is irrelevant and that email is sent too often, with 53% and 40% of respondents giving those as reasons for unsubscribing, respectively. Creating a subscription preference center where subscribers can indicate how often they’d like to receive emails and what topics they’re interested in is a great way to lower your opt-out rate. People may also unsubscribe because their email address is changing, so make sure that you give your subscribers an opportunity to update their address.


.gif)

.gif)
.gif)

4:23 PM
macam mane dengan penggunaan autoresponder?
5:31 PM
Sistem auto-responder ni pada konsepnya sangat ideal kerana bersifat efisien.
Jika auto-responder menggunakan software tertentu spt AWeber atau Twitter auto-responder yang mana boleh dijadualkan, mungkin kurang mengganggu. Masalahnya apabila ia masuk umpama spam dan definisi subscriber kita pula tak betul. Sepatutnya, pihak yang menerima auto-response kita ialah pelanggan di dalam 'database' kita, bukan sekadar pihak yang pernah e-mail kita. Ada juga masanya, auto-response yang tidak dirancang dengan baik menampakkan sangat betapa robotnya kita dan apabila zero-human-touch, maka human pun ignore.
Dalam praktis biz biasa, apabila e-mail itu penting dan ingin ditujukan kepada orang yang penting, kita akan hantar one-to-one walaupun ia boleh diblast ramai2 serentak. Sbbnya lumrah, bila kita sedar kita hanya dilayan oleh 'mesin', kita tak rasa pihak sana rasakan kita orang penting. Jadi kita akan kata 'anda juge tak penting pada saya!'.
Jadi ok guna auto-responder jika dijadualkan dengan baik dan ditujukan kepada senaraian subscribers yang tidak terlalu rambang.