Bagaimana untuk Meningkatkan Jualan E-Store My1Stop Anda

Kerap saya ditanyakan soalan di atas … Hakikatnya, memang ada e-store yang mencapai jualan yang memberangsangkan manakala ada yang tidak. Yang saya maksudkan ialah jualan online (melalui shopping cart) sahaja, kerana jualan secara terus/direct antara peniaga dan pembeli tidak dapat ditrack oleh sistem kami … melainkan ada yang CC email kepada webmaster My1Stop. Yang jualannya kurang baik, mereka tertanya-tanya … apa puncanya? Saya ada membuat perbandingan antara e-store dan sedikit research tentang hal ini. Jadi bacalah selanjutnya untuk tahu kunci-kunci kejayaan sesebuah e-store My1Stop dari pengamatan Cwynire …



Bila jualan & sambutan kurang baik … ada juga yang menyalahkan My1Stop kerana tidak membawa pelanggan kepada mereka sebagaimana yang mereka harapkan. Realitinya, tanggungjawab terhadap produk & pemasaran adalah di bahu peniaga itu sendiri. Jika anda buka kedai fizikal & kemudian tidur di dalam kedai itu sambil menunggu kot-kot ada pelanggan yang akan datang … pastinya sambutan terhadap kedai anda tidak memberangsangkan sebagaimana kedai sebelah (contohnya) yang membuka kedai, mengedarkan risalah-risalah, membuat iklan dan mempromosi produk-produk secara agresif - kan?

Apabila anda membuka e-store di My1Stop, janganlah anda pisahkan adat berniaga di alam sebenar/fizikal dengan berniaga di alam siber/virtual – anda tetap sedang menjalankan perniagaan. Jika anda menyalahkan Mid Valley Mega Mall di atas kegagalan perniagaan lot kedai anda di sana … pastinya ia sesuatu yang tidak wajar.

My1Stop telahpun menyediakan pelbagai kemudahan perniagaan dan pemasaran online. Selain panel untuk menguruskan catalog secara dinamik, sistem pengurusan tempahan online, troli belian/shopping cart yang lengkap dengan sistem pembayaran online (menerima kad kredit & perbankan online) untuk pelanggan anda membeli produk anda dengan mudah … My1Stop turut menyediakan tools pemasaran online untuk anda mempromosi produk dan e-store anda dengan mudah dan sistematik. Pendek kata, pelbagai kemudahan telah disediakan, jadi rugi benar jika anda hanya membuka e-store dan kemudian 'tidur', kemudian berharap anda mendapat jualan yang baik.



KUNCI KEJAYAAN E-STORE My1Stop

Faktor Luaran:

- Produk yang bagus
- Harga yang munasabah
- Khidmat penghantaran yang memuaskan
- Rezeki & nasib ... :)

Faktor Dalaman:

Gunakan gambar produk yang catchy ... biar saiznya tidak terlalu kecil untuk kepuasan pelanggan mahupun terlalu besar supaya lebih cepat load. Gambar yang menarik (haruslah gambar produk sebenar atau sekurang2nya berkaitan) mampu meningkatkan kebangkalian klik pembeli terhadap produk tersebut berbanding produk2 lain.

Berikan maklumat item (product description) yang komprehensif - lengkap dengan ciri-ciri item seperti saiz sebenar, pilihan warna, kelebihan item, testimoni, gambar2 dari sudut2 yang berbeza, video jika ada ... lebih banyak maklumat, lebih arif pembeli terhadap apa yang bakal mereka beli & lebih keberangkalian untuk mereka membuat belian.

Jika juga mempunyai kedai fizikal … gunakan E-Store My1Stop anda sebagai terminal kad kredit untuk pelanggan (yang datang ke kedai fizikal anda) bayar menggunakan kad kredit. Buka saja PC atau laptop di counter kedai. E-Store paling berjaya di My1Stop menggunakan strategi ini! Bayangkan … dengan hanya membayar yuran tahunan yang amat rendah bagi memiliki e-store My1Stop (yuran, jika ambil pakej berbayar) … anda mempunyai terminal kad kredit yang sebenarnya sangat mahal untuk diset-up di kedai fizikal anda secara konvensional!

Menghantar email mengandungi katalog e-store anda (menggunakan Catalog Template My1Stop) kepada pelanggan dan kenalan secara periodik. Anda tidak lagi perlu upload & attach setiap gambar ke dalam mesej email, sebaliknya semuanya tersedia di dalam format yang teratur untuk anda Copy&Paste ke dalam ruangan mesej email.

Meletakkan link e-store anda di dalam signature/footer email, posting forum & sebagainya … ada juga yang meletakkan link e-store di dalam kad perniagaan mereka!

Bagi yang ada blog atau laman web sendiri, plug-in katalog e-store anda untuk memaparkan produk-produk anda secara dinamik di sana. Jika anda tambah, kemaskini atau delete produk di dalam e-store My1Stop anda, ia akan reflect pada Plug-in Catalog anda di blog anda itu secara real-time.

Gunakan message board e-store anda untuk berkomunikasi dengan pelangan anda. Setiap posting boleh dilihat oleh pelanggan2 lain yang menjenguk masuk ke e-store anda ... ia memberi impression bahawa anda 'wujud’ & menjaga kedai anda. Lazimnya pembeli takut-takut untuk membeli daripada peniaga yang senyap dan tidak aktif ... mereka khuatir, "Ada ke orang kedai ni?” ... Apabila terdapat beberapa peniaga yang menjual produk yang sama, selain faktor harga ... pastinya customer service menentukan peniaga mana yang berjaya mendapat sales.

Jaga kedai anda! Ada juga peniaga yang telah tempahan atau posting mesej daripada pembeli tetapi senyap seribu bahasa ... apabila diselidik ... rupanya mereka tidak check email dan tidak tahu-menahu bahawa mereka menerima pelanggan ... hrm ... musykil saya ... nak berniaga ke tidak ni?



Pendek kata ... berniaga di My1Stop Virtual Shopping Mall ni, umpamanya berniaga di kompleks membeli-belah sebenar ... tiada bezanya. Anda masih perlu berusaha walaupun banyak perkara telah dipermudahkan bagi anda. Jadi amalkanlah adat & etika berniaga sebagaimana di dunia fizikal ... kerana berniaga online itu tetap BERNIAGA.

Selamat maju jaya semua peniaga e-store My1Stop :)

0 comments:

Copyright © 2008 - Cwynire - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template