Share

31 Julai 2009 - Tokwanku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Al-Fatihah ...

Tokwan sering sakit & batuk-batuk sebelum ini dan disahkan menderita kanser paru-paru - sesuatu yang baru juga diketahui ahli keluarga. Perubahan Tokwan terlalu cepat. Ketika Tokwan nazak, aku pula sedang menyambut kelahiran anak yang kelima.

Kali terakhir melihat Tokwan sedikit segar sebelum itu adalah ketika aku masih mengandung. Aku bersalaman dengan Tokwan di pintu rumah ketika Tokwan singgah mengambil barang. Sebelum itu Tokwan kerap juga berulang-alik dari kampung di Kedah ke rumah kami di KL. Tak banyak yang biasa kami borakkan ... biasanya memang kering idea nak berborak dengan Tokwan, tapi aku gagahkan juga timbulkan topik mengenai anak2, diselitkan dengan soalan2 lazim Tokwan. Tokwan lebih banyak berbicara isu2 semasa dengan suamiku ... sementara aku lebih kepada menyediakan makan minum - Teh ... buah ... roti bakar kaya ...

Sepanjang Tokwan nazak di rumah makcik, aku sedang berpantang. Sejurus habis berpantang, aku ambil kesempatan melawat Tokwan ... agak terkejut juga melihat perubaan drastik fizikal Tokwan. Tokwan ketika itu sangat kurus dan cengkung. Ya Allah ... terasa sebak. Sepanjang masa, aku lebih banyak berborak dengan saudara-mara - tak tahu apa yang patut diborakkan dengan Tokwan dan Tokwan pun kelihatan lesu, jadi aku memilih untuk tidak mengganggu. Sebelum pulang, aku ada memperkenalkan cicit barunya ... namun Tokwan tidak membalas. Aku agak, Tokwan tak dengar. Tak mengapa ... aku salam dan cium tangan Tokwan dan kemudiannya pulang.

Malam terakhir Tokwan, aku telah dinasihatkan tinggal di rumah menjaga anak2 (termasuk anak2 susuanku) dan tidak ke rumah makcik di mana hampir semua ahli keluarga ada di sana membaca Yasin. Ibu kerap telefon memberitahu keadaan terkini Tokwan. Setiap kali telefon berdering, aku dilanda gementar. Dan sekitar pukul 10.15 malam, ibuku menyampaikan berita pemergian Tokwan. Innalillahiwainnailaihiroji'un ...

Untuk seketika ... aku agak terkedu. Aku tidak mmeberitahu anak2ku yang masih kecil, walaupun mereka sudah boleh faham ... "esok pagi sajalah ...". Banyak yang bermain di fikiran ketika itu ... terasa sebak & syukur yang bercampur-baur. Aku pasti kanser itu satu penderitaan dan pemergian Tokwan bermakna jasadnya tidak lagi perlu menanggung derita itu. Tetapi terbayang juga ... pemergian ini bukan seperti Tokwan ingin pulang ke kampung ... ini pemergian selamanya. Inilah dia kematian - aku percaya bagi orang seperti Tokwan, rohnya mungkin gembira dengan kedatangannya (kematian). Namun begitu, bagaimana insafnya kita pada erti kematian itu, walau kita tahu kematian itu suatu yang pasti bagi semua umat manusia ... apabila ia berlaku pada ahli keluarga terdekat, orang yang kita kenal dan sayangi ... terpukul juga ... terfikir juga bagaimana keadaannya tidak lagi dapat mendengar suara Tokwan, melihat Tokwan ... perasaan yang sama ketika pemergian Arwah Tuk dulu, walaupun kali ini aku lebih dewasa dan tidak menangis.

Ada juga terkenangkan memori bersama Tokwan. Walaupun Tokwan tinggal di kampung di Kedah, hubungan kami okay ... taklah begitu renggang walau tak berapa rapat. Tokwan dulu suka menonton kartun dengan kami. Masih teringat ketika di dalam kereta, Tokwan mengajar kami orang KL ni bercakap lohgat Kedah, "jalan teghuih", kata Tokwan ... "teghuih" ... dan Tokwan akan ketawa terkikih2 apabila giliran kami pula menyebutnya. Tokwan dulu kerap ketawa ...

Kali terakhir mendengar Tokwan ketawa ceria begitu ialah sejurus sebelum Tokwan nazak. Ketika itu keadaan terdesak - suamiku jauh dan ibu pula sakit kaki ... tiada sesiapa yang dapat menjemput anak2ku dari sekolah. Aku pula tak mendapat 'lesen' daripada suamiku utk memandu. Mujur Tokwan ada. Akhirnya Tokwan memandu (kereta kakakku - buat pertama kalinya) dengan aku di tempat duduk sebelahnya sebagai navigator. Aku sendiri jarang mengikut menjemput budak2 dr sekolah, akibatnya ... aku 'fail' sebagai navigator, hingga menyebabkan Tokwan sekali-sekala ketawa dan beberapa kali juga nyaris melanggar kenderaan lain. Di hujung pemanduan apabila ingin meletakkan kenderaan, kereta kakakku telah 'bersuara', "0.5 meter" ... "stop! stop!" ... aku dan Tokwan ketawa sakan! Betapa berterima kasihnya aku kepada Tokwan kerana sudi menjemput cicit2nya dari sekolah. Kenangan yang agak manis ...

Kini Tokwan telah pergi ke alam barzakh. Hari Raya pula bakal tiba. Tahun lepas, alhamdulillah kami anak-beranak sempat pulang beraya di kampung seperti yang Tokwan sukakan. Tak sangka juga ... itulah kali terakhir bersama Tokwan di kampung. Raya tahun ini dan tahun2 mendatang pasti berbeza ... Tuk/nenek dah lama tiada, Tokwan pun kini tiada ... hmm ... tiada lagilah beraya di kampung ...

Keluargaku, baru saja menerima ahli baru apabila iparku mendapat cahayamata pertama mereka 3 hari lepas. InsyaAllah ... sebelum 2009 melabuhkan tirai, 2 lagi bayi bakal menyertai keluarga kami. Generasi bersilih-ganti. Yang datang pastikan pergi. Al-Fatihah buat Arwah Tokwanku ... anak-cucu-cicitmu mendoakanmu. Kami meneruskan kehidupan ini, meneruskan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi ini ... selagi hayat dikandung badan. Beginilah dunia, beginilah kehidupan, beginilah janji Allah.

Firman Allah SWT : "Setiap yang hidup pasti akan merasai mati" (Al-Anbiya : 35)